Wednesday, March 6, 2019

SEJARAH PERMAINAN PING PONG

Bahasa Inggeris menyebutnya sebagai "Table Tennis", Bahasa Melayu menyatakannya sebagai Ping Pong. Rakyat Indonesia memanggilnya sebagai "Tenis Meja". 

Sukan ini telah diperkenalkan di England pada awal abad ke-20 dan telah disebut sebagai ping pong sebagai nama rasmi. Namun nama ini ditukar kepada "Table Tennis" pada tahun 1921-1922 apabila Persatuan Ping Pong telah ditubuhkan pada tahun 1902.

Tuesday, March 5, 2019

9 SEBAB MENGAPA PING PING ADALAH SUKAN YANG PALING MENYERONOKKAN

Sebagai pemain, jurulatih dan peminat ping pong pastinya mengatakan bahawa sukan ping pong adalah permainan yang paling seronok di dunia ini. Tetapi masih terdapat masyarakat di luar sana yang memandang rendah terhadap sukan ini seolah-olah ini adalah sukan yang kelas kedua dan tidak menguji kekuatan fizikal dan mental. Pandangan masyarakat yang tidak benar ini perlu diubah berdasarkan fakta-fakta yang akan dikongsikan di dalam artikel ini :

1-SEMUA PERINGKAT UMUR BOLEH BERMAIN DAN MENANG

Semua peringkat umur boleh melibatkan diri dalam sukan ping poong. Pergilah ke mana-mana kelab pastinya anda akan mendapati orang muda dan orang berumur bermain ping pong dengan penuh semangat!!. Walaupun berbeza umur, tetapi persaingan sengit tetap berlaku.

Contohnya pemain berusia 78 tahun boleh mengalahkan pemain berusia 28 tahun. Pemain berusia 10 tahun boleh menjadikan orang dewasa menangis meratapi kekalahan. Sukan ping pong bukanlah semata-mata mengharapkan kekuatan 100%. Tetapi ianya memerlukan keseimbangan daripada segi kekuatan fizikal, teknik, sentuhan dan taktik.

Pemain yang kurang kekuatan fizikal (muda atau tua) mampu bersaing hebat dengan pemain yang mempunyai keadaan fizikal yang mantap dan mampu mengalahkan mereka melalui strategi yang betul.

2.WANG, KAYA ATAU MISKIN BUKAN UKURAN

Sukan ping pong tidak memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi. Melalui perbelanjaan antara RM200 hingga RM300, anda boleh mendapatkan bat berserta getah yang bagus.

Sukan ping pong tiada kasta sama ada anda kaya atau miskin anda berhak untuk bermain. Pergilah ke mana-mana kelab ping pong atau dewan orang ramai, pasti anda tidak boleh mengenalpasti siapa golongan kaya dan siapa golongan miskin. Semuanya dilihat sama rata, pemain memakai baju logo yang sama mungkin lakarannya berlainan, logo bag yang sama tetapi talinya berbeza, ada seluar panjang dan pendek turut menggunakan logo yang sama. 

Tiada siapa peduli mengenai latar belakang. Tiada siapa peduli sama ada anda jutawan atau tiada pekerjaan sama sekali. Semua perkara ini hilang apabila sama-sama memegang bat untuk memulakan permainan ping pong.

Indah!

3. PING PONG MEMPROMOSIKAN KEAMANAN ANTARABANGSA

Sukan ping pong adalah sukan antarabangsa yang mendapat pengiktirafan dunia serta menjadi salah satu permainan dalam sukan Olimpik. Ianya diiktiraf!!. Beberapa tahun kebelakangan ini, saya telah mengajar pemain-pemain dari England, Scotland, Wales, Ireland, India, France, Singapore, Poland, Russia, Australia, Romania, Iran, Czech Republic, South Africa, Belgium dan banyak lagi.

Oleh itu pengetahuan saya mengenai kepelbagaian negara dan budaya telah bekembang. Saya merasakan  kehangatan kerana keterujaan mendapat kenalan dan rakan-rakan yang datang dari pelbagai negara. 

Anda mahukan dunia ini aman??

Sumbangkan kepada semua ahli politik dan diplomat sebuah bat dan mainlah bersama-sama nescaya keamanan akan tercapai.

4. PING PONG ADALAH SUKAN MENCABAR

Sekiranya anda ingin mencari sukan yang mudah, cubalah mencari sukan yang menggunakan raket yang besar dan gelanggang yang besar seperti tennis, skuash dan badminton. Hal ini kerana keadaan gelanggang yang besar pastinya tidak banyak bola yang terkeluar daripada landasan (out).

Namun sukan ping pong lebih mencabar . Bermain dengan bat yang kecil, bola yang kecil dan meja yang kecil menandakan kebarangkalian melakukan kesilapan sangat besar. Kesilapan teknik pukulan  menyebabkan dua perkara besar berlaku iaitu bola boleh terkeluar daripada meja atau tersangkut net.

Untuk maju dalam sukan ping pong anda memerlukan hati yang kental, rela ditegur dan dimarah kerana pingpong adalah sukan yang agak susah bagi sesiapa yang tidak pernah mencuba. Ia mencabar minda anda dan mencabar ketahanan fizikal. Untuk menjadi bagus dalam sukan ping pong ia memerlukan jangka masa yang agak panjang dan kekerapan menjalani latihan. Tetapi sekali anda telah menguasai permainan ping pong ia seolah-olah menjadi suatu ketagihan.

5. SUKAN YANG MERENDAH DIRI

Tidak kira betapa hebatnya seseorang itu bermain ping pong, hormat antara satu sama lain adalah lebih utama. Apabila memperoleh kemenangan atau pungutan mata, pemain tidak meraikan secara keterlaluan. Setiap perlawanan pasti ada menang dan kalah. Pemain yang kalah akan menjadikan kekalahan itu sebagai motivasi untuk menjadi lebih baik. Pemain yang menang pula menjadikan kemenangan itu sebagai kepuasan atas penat lelah selama ini tanpa merendahkan pihak yang kalah. Tamat permainan pemain perlu bersalam sebagai tanda persahabatan dan ukhuwwah.


6. PING PONG MEWUJUDKAN SEMANGAT KEPAHLAWANAN NINJA

Dalam permainan ping pong, jarak kedua-dua pihak lawan hanyalah 3 meter sahaja. Ini menjadikan permainan menjadi sangat pantas.

Anda memerlukan kaki yang laju, reaksi pantas, startegi yang bagus dan ketahanan mental. Oleh itu, anda seolah-olah memerlukan kelajuan seperti pahlawan ninja.

Bayangkan anda sedang bermain "rally", saling berbalas "top spin" dan serangan saling bertukar arah. Kemudian disusuli dengan gema sorakan para penonton. Pertarungan antara dua seteru ini seolah-olah seperti antara ninja hitam dan ninja merah yang saling berbalas serangan.

7. PING PONG BAGUS UNTUK KESIHATAN OTAK

Sukan ping pong terbukti bagus untuk mengekalkan kesihatan otak. Hakikatnya, rata-rata pemikiran pemain ping pong boleh dikatakan agak tajam kerana permainan ini memerlukan kepantasan daripada semua sudut. Kajian sains kini menyokong kenyataan ini. Saya bukanlah seorang saintis, tetapi saya percaya seandainya para saintis mengatakan sukan ping pong bagus untuk otak, saya tidak akan berdebat dengan mereka.

8. PING PONG MAMPU MELEGAKAN STRESS

Kehidupan sentiasa dikelilingi oleh pelbagai perkara yang kadangkala menjadi penyebab kepada stress. Sekolah, tempat kerja, hubungan sesama manusia dan keluarga antara faktor yang menyumbang kepada stress.

Carilah satu aktiviti yang boleh mendatangkan kegembiraan seperti sukan ping pong yang agak santai

Ambillah bat ping pong anda, pukul beberapa bola sehingga anda merasa puas, lupakan segala kebimbangan.

Apabila anda melakukan latihan, endorphins akan dilepaskan. Percayalah, akan datang perasaan positif yang melegakan keseluruhan tubuh anda.

Setiap kali anda selesai melakukan aktiviti ping pong, hadirnya perasaan hebat dan keyakinan untuk menyelesaikan permasalahan.

9. ANDA BEBAS BERMAIN DI MANA-MANA

Ping pong adalah permainan yang boleh "hidup" di mana-mana sahaja, tidak memerlukan ruang yang besar dan bilangan yang ramai. Di dewan, kaki lima, padang permainan, balai raya, masjid, surau, dihadapan rumah atau di mana-mana sahaja. Asalkan ada meja, bola, bat, sedikit penghadang bola  dan seorang rakan, maka terus sahaja boleh bermain tanpa ada apa-apa halangan atau sekatan.

Mudah bukan??

Ringkas dan tepat

Semoga perkongsian ini dapat menambah sedikit sebanyak info berkaitan sukan ping pong dan menyuburkan minat terhadap sukan ping pong di negara Malaysia yang amat kami sayangi ini.

JOM SHARE!!




TIPS MENINGKATKAN KEMAHIRAN PING PONG DENGAN CEPAT

Anda tidak tahu berlatih secara berkesan atau dengan cara yang betul?

Anda mahu meningkatkan kemahiran ping pong sepantas yang mungkin?

Anda tidak mengalami peningkatan permainan selepas bertahun berlatih?

Kebanyakan daripada kita telah bermain sukan ping pong dari tahun ke tahun, tetapi tiada peningkatan atau hanya meningkat sedikit sahaja. Mengapa terjadi sedemikian?

Kita juga sentiasa berlatih ping pong bersama-sama jurulatih di kelab, namun hasilnya tetap sama. Oleh itu, beberapa prinsip perlu difahami seandainya ingin mengalami peningkatan yang cepat dalam sukan ping pong

MELALUI PERKONGSIAN INI INSYAALLAH SEDIKIT SEBANYAK DAPAT MEMBANTU ANDA UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERMAIN PING PONG๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

๐Ÿ’ขFokus kepada "Feeling". "Feeling" adalah prinsip pertama dalam permainan ping pong yang diamalkan dan sangat ditekankan oleh pemain-pemain dari negara China. "Feeling" merupakan cara untuk melakukan pukulan yang berkualiti. Pukulan tanpa "feeling" menyebabkan bola sukar untuk dikawal dan mempunyai kualiti pukulan yang rendah. Fokus "feeling" boleh ditingkatkan melalui pukulan multiball dan pukulan stroke dalam sesi latihan. Oleh itu "feeling" sangat penting dan apabila anda menguasai "feeling", maka anda akan menguasai kepelbagaian teknik pukulan. Cubalah melakukan latihan yang ringan, fokus kepada "feeling" dan "spin". Melalui cara ini, lama kelamaan anda mampu mengawal keadaan bola dan akan menemui cara terbaik untuk melakukan pukulan bola yang berkualiti.

Link di bawah adalah contoh pemain yang menguasai "feeling" dalam permainan ping pong๐Ÿ‘‡


๐Ÿ’ข"Hit by the leg" atau pukul dengan kaki. Kebanyakan pemain ping pong amatur mengandaikan bahawa pukulan dalam sukan ping pong adalah semata-mata menggunakan tangan sahaja tetapi mereka lupa bahawa teknik yang tepat adalah pukulan bermula daripada kaki. Kekuatan daripada kaki akan naik melalui pusingan pinggang dan tangan berperanan melepaskan momentum daripada kekuatan kaki dan pinggang. Konsep "pukulan daripada kaki" menunjukkan bahawa dalam sukan ping pong, keseluruhan tubuh akan berperanan untuk menghasilkan teknik pukulan yang berkualiti  dan konsisten. Inilah rahsia yang diamalkan oleh pemain-pemain dari China sehingga menjadi kuasa yang digeruni dalam sukan ping pong

๐Ÿ’ข"Rotate the body" atau pusing badan. Pusingan badan atau pinggang berperanan besar untuk menghasilan pukulan yang berkualiti. Ingat!. Tangan adalah senjata terakhir untuk melepaskan momentum yang dihasilkan melalui pinggang dan kaki. Teknik memusingkan tangan semata-mata untuk memukul bola adalah tidak tepat dan teknik yang betul ialah melakukan pusingan badan atau pinggang kerana ianya lebih mudah, pantas dan kuat. Untuk menguasai perkara ini, latihan demi latihan perlu dijalankan secara konsisten. Melalui teknik ini, percayalah, kemahiran teknik sukan ping pong anda akan meningkat dengan cepat.

๐Ÿ’ข"Fix the hitting position" atau tetapkan sasaran anda. Saya bertanya kepada anak didik saya, "Di manakah anda sepatutnya memukul bola?". Mereka tidak tahu. Ada yang menjawab pukul di kawasan yang telah menjadi kebiasaan. Jadi setiap kali pukulan boleh ke arah kawasan yang bukan kebiasaan maka banyak kesilapan dilakukan. Oleh itu, anda perlu menetapkan sasaran tempat pukulan bola agar tidak berlaku kesilapan!

"Tunggu bola, tetapkan sasaran dan pukul"

"Wait for the ball, fix the position and hitting"

Inilah perkataan yang seringkali diungkapkan oleh jurulatih-jurulatih China kepada barisan anak didiknya.

Setiap kali anda memukul bola mengikut sasaran yang ditetapkan, kualiti pukulan menjadi sangat baik.

Tunggu posisi yang terbaik sebelum melakukan pukulan. Anda ada masa yang panjang untuk bertindak. Jangan pukul terlalu cepat kena banyak bola yang akan terbuang begitu sahaja.

๐Ÿ’ข"Relax, Explode and Relax" atau bertenang, serang dan bertenang. Saya mempunyai anak didik yang ramai. Kebiasaanya mereka mempunyai sikap gopoh sewaktu menyertai perlawanan ping pong. Sukan ping pong memerlukan ketenangan. Ya, ketenangan!. Ketenangan sewaktu menerima atau melakukan servis, ketenangan sewaktu menyerang dan bertahan, ketenangan untuk mengejar mata sewaktu ketinggalan mata yang agak jauh. Sekiranya anda gopoh, "feeling" akan menurun, kepantasan menjadi lemah, mental koyak.. Oleh itu, dalam setiap pertandingan, anda perlu rakam corak permainan anda bagi menganalisis setiap kelemahan yang berlaku.

"yang tenang pasti menang"

"tenang is good"

kata-kata yang simple tetapi perlu dihayati dan diamalkan oleh setiap pemain ping pong

Zhang Jike adalah antara pemain yang mengamalkan konsep "Relax, Explode and Relax". Dia adalah pemain yang sangat berbakat. Pernah mengecap kejuaraan Olimpik dan turut pernah menghuni ranking pertama dalam sukan ping pong. Tubuhnya sederhana sahaja, namun keseluruhan tubuhnya sangat lembut dan fleksible untuk mengikut rentak dalam permainan ping pong. Lakukan 3 langkah ini iaitu "Relax, Explode and Relax" menjadikan permainan anda menarik, pantas dan kurang penat.


๐Ÿ’ข"Learn the tactic" atau pelajari taktik / strategi. Melalui penguasaan taktik dalam permainan ping pong, anda akan mengetahui di mana sepatutnya anda perlu meyerang pihak lawan iaitu sama ada di bahagian "forehand", "middle" dan "backhand". Mempelajari taktik juga akan melatih anda untuk mengembalikan bola di kawasan yang tepat sama ada panjang atau pendek, bola kosong atau bola berat, ada rotation atau tidak, rotation ke kanan atau ke kiri. Hal ini semuanya akan akan kuasai seandainya mempelajari taktik yang betul serta mempunyai pengalaman yang luas. Penguasaan taktik yang tepat boleh melemahkan kekuatan lawan dan memaksa lawan mengikut corak permainan kita seterusnya peluang untuk memenangi perlawanan sangat cerah.


Sebagai kesimpulan, untuk meningkatkan mutu permainan, anda perlu mencari jurulatih yang tepat untuk membetulkan sebarang kelemahan dan merancang strategi yang betul. Menjadi seorang pemain ping pong yang bagus bukanlah semudah yang disangkakan. Teruskan latihan, banyakkan multiball, cari "sparring partner" yang kuat, selalu melibatkan diri dalam perlawanan. InsyaAllah tahap anda akan naik sedikit demi sedikit.

Percayalah!!

Majulah sukan untuk negara!!

MANFAAT KESIHATAN MELALUI SUKAN PING PONG

Selain menjadi keseronokan untuk meluangkan masa bersama rakan dan keluarga, permainan ping pong turut menawarkan manfaat daripada segi kesihatan. Sama seperti permainan sukan yang lain, sukan ping pong berperanan merangsang minda, melatih pergerakan badan dan menggalakkan interaksi sosial. Secara keseluruhannya, risiko kecederaan dalam sukan ping pong adalah sangat rendah dan sesuai untuk semua peringkat umur.

Antara manfaat daripada sukan ping pong antaranya:

a) Meningkatkan ketahanan mental. Sukan ping pong yang melibatkan antara dua jaguh menjanjikan permainan yang menarik dan sengit. Hal ini sekaligus merangsang konsentrasi dan tumpuan mental serta menajamkan fikiran antara kedua-dua pihak lawan.


b)Meningkatkan tindakan refleks. Disebabkan sukan ping pong adalah permainan jarak dekat dan  meja yang agak kecil, maka ia akan menguji kepantasan seterusnya pergerakan otot-otot menjadi lebih cepat.

c)Membakar kalori. Anda tiada masa untuk bermain gym? Cubalah menyertai sukan ping pong. Ia sangat menyeronokkan dan jalan terbaik untuk membakar kalori di tubuh anda.

d)Sukan masyarakat. Interaksi sosial sangat penting untuk kesihatan mental. Dalam keadaan dunia masa kini, kepelbagaian teknologi membataskan hubungan sosial dalam masyarakat. Oleh itu, sukan ping pong menawarkan peluang kepada anda untuk menjalani kehidupan secara sihat dan matang.

e)Menajamkan fikiran. Pakar imaginasi otak dan Psikiatri iaitu Dr Daniel Amen, menyifatkan bahawa sukan ping pong adalah "THE WORLD'S BEST BRAIN SPORT". Kenyataan ini diungkapkan oleh beliau disebabkan sukan ping pong sangat aerobik dan melibatkan peranan keseluruhan tubuh antaranya fikiran, mata, tangan, siku, pinggang, paha dan kaki. Sukan ping pong juga memerlukan tindakan otak yang pantas untuk membuat keputusan sama ada ketika melakukan servis, mengejar bola, menyerang atau bertahan.


   Perlawanan antara Wang Liqin dan Ma Lin

f)Sukan ping pong dijadikan sebagai rawatan bagi penyakit Demensia terutamanya bagi golongan berumur yang mengalami sifat lupa kerana faktor umur yang meningkat. Kesan buruk daripada penyakit ini ialah mereka akan kabur mengenai masa (tidak tahu hari, minggu, bulan dan tahun), tempat (tidak tahu berada di mana) dan orang (tidak mengenali diri sendiri dan orang disekeliling). Maklumat mengenai penyakit Demensia boleh rujuk https://ms.wikipedia.org/wiki/Demensia


Oleh itu sukan ping pong berfungsi untuk mengaktifkan semula otak dan mengelakkan daripada mengalami penyakit Demensia kerana merangsang kesedaran tubuh.


g)Meningkatkan keseimbangan dan kawalan tubuh. Mengekalkan keseimbangan permainan, kawalan dan bermain secara pantas adalah kunci untuk menjadi pemain ping pong yang bagus. Semakin banyak anda bermain, semakin banyak dapat meningkatkan keseimbangan anda.

       Pemain ping pong No.1 Malaysia,
     Mohd Shakirin Bin Ibrahim

Jelaslah bahawa sukan ping pong mampu membina kekuatan, kelajuan dan ketangkasan risiko mengalami kecederaan yang serius adalah tersangat rendah berbanding sukan ekstrem yang lain. Terdapat ribuan kecederaan yang berkaitan sukan setiap tahun, namun melalui sukan ping pong anda boleh mendapat manfaat kesihatan yang menyeluruh memandangkan peratus kecederaan yang sangat rendah.

Anda yakin sukan ping pong sangat mengujakan??

Inilah masanya untuk "set up blade" dan getah terbaik mengikut bajet anda๐Ÿ˜๐Ÿ˜