Anda tidak tahu berlatih secara berkesan atau dengan cara yang betul?
Anda mahu meningkatkan kemahiran ping pong sepantas yang mungkin?
Anda tidak mengalami peningkatan permainan selepas bertahun berlatih?
Kebanyakan daripada kita telah bermain sukan ping pong dari tahun ke tahun, tetapi tiada peningkatan atau hanya meningkat sedikit sahaja. Mengapa terjadi sedemikian?
Kita juga sentiasa berlatih ping pong bersama-sama jurulatih di kelab, namun hasilnya tetap sama. Oleh itu, beberapa prinsip perlu difahami seandainya ingin mengalami peningkatan yang cepat dalam sukan ping pong
MELALUI PERKONGSIAN INI INSYAALLAH SEDIKIT SEBANYAK DAPAT MEMBANTU ANDA UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERMAIN PING PONG๐๐
๐ขFokus kepada "Feeling". "Feeling" adalah prinsip pertama dalam permainan ping pong yang diamalkan dan sangat ditekankan oleh pemain-pemain dari negara China. "Feeling" merupakan cara untuk melakukan pukulan yang berkualiti. Pukulan tanpa "feeling" menyebabkan bola sukar untuk dikawal dan mempunyai kualiti pukulan yang rendah. Fokus "feeling" boleh ditingkatkan melalui pukulan multiball dan pukulan stroke dalam sesi latihan. Oleh itu "feeling" sangat penting dan apabila anda menguasai "feeling", maka anda akan menguasai kepelbagaian teknik pukulan. Cubalah melakukan latihan yang ringan, fokus kepada "feeling" dan "spin". Melalui cara ini, lama kelamaan anda mampu mengawal keadaan bola dan akan menemui cara terbaik untuk melakukan pukulan bola yang berkualiti.
Link di bawah adalah contoh pemain yang menguasai "feeling" dalam permainan ping pong๐
๐ข"Hit by the leg" atau pukul dengan kaki. Kebanyakan pemain ping pong amatur mengandaikan bahawa pukulan dalam sukan ping pong adalah semata-mata menggunakan tangan sahaja tetapi mereka lupa bahawa teknik yang tepat adalah pukulan bermula daripada kaki. Kekuatan daripada kaki akan naik melalui pusingan pinggang dan tangan berperanan melepaskan momentum daripada kekuatan kaki dan pinggang. Konsep "pukulan daripada kaki" menunjukkan bahawa dalam sukan ping pong, keseluruhan tubuh akan berperanan untuk menghasilkan teknik pukulan yang berkualiti dan konsisten. Inilah rahsia yang diamalkan oleh pemain-pemain dari China sehingga menjadi kuasa yang digeruni dalam sukan ping pong
๐ข"Rotate the body" atau pusing badan. Pusingan badan atau pinggang berperanan besar untuk menghasilan pukulan yang berkualiti. Ingat!. Tangan adalah senjata terakhir untuk melepaskan momentum yang dihasilkan melalui pinggang dan kaki. Teknik memusingkan tangan semata-mata untuk memukul bola adalah tidak tepat dan teknik yang betul ialah melakukan pusingan badan atau pinggang kerana ianya lebih mudah, pantas dan kuat. Untuk menguasai perkara ini, latihan demi latihan perlu dijalankan secara konsisten. Melalui teknik ini, percayalah, kemahiran teknik sukan ping pong anda akan meningkat dengan cepat.
๐ข"Fix the hitting position" atau tetapkan sasaran anda. Saya bertanya kepada anak didik saya, "Di manakah anda sepatutnya memukul bola?". Mereka tidak tahu. Ada yang menjawab pukul di kawasan yang telah menjadi kebiasaan. Jadi setiap kali pukulan boleh ke arah kawasan yang bukan kebiasaan maka banyak kesilapan dilakukan. Oleh itu, anda perlu menetapkan sasaran tempat pukulan bola agar tidak berlaku kesilapan!
"Tunggu bola, tetapkan sasaran dan pukul"
"Wait for the ball, fix the position and hitting"
Inilah perkataan yang seringkali diungkapkan oleh jurulatih-jurulatih China kepada barisan anak didiknya.
Setiap kali anda memukul bola mengikut sasaran yang ditetapkan, kualiti pukulan menjadi sangat baik.
Tunggu posisi yang terbaik sebelum melakukan pukulan. Anda ada masa yang panjang untuk bertindak. Jangan pukul terlalu cepat kena banyak bola yang akan terbuang begitu sahaja.
๐ข"Relax, Explode and Relax" atau bertenang, serang dan bertenang. Saya mempunyai anak didik yang ramai. Kebiasaanya mereka mempunyai sikap gopoh sewaktu menyertai perlawanan ping pong. Sukan ping pong memerlukan ketenangan. Ya, ketenangan!. Ketenangan sewaktu menerima atau melakukan servis, ketenangan sewaktu menyerang dan bertahan, ketenangan untuk mengejar mata sewaktu ketinggalan mata yang agak jauh. Sekiranya anda gopoh, "feeling" akan menurun, kepantasan menjadi lemah, mental koyak.. Oleh itu, dalam setiap pertandingan, anda perlu rakam corak permainan anda bagi menganalisis setiap kelemahan yang berlaku.
"yang tenang pasti menang"
"tenang is good"
kata-kata yang simple tetapi perlu dihayati dan diamalkan oleh setiap pemain ping pong
Zhang Jike adalah antara pemain yang mengamalkan konsep "Relax, Explode and Relax". Dia adalah pemain yang sangat berbakat. Pernah mengecap kejuaraan Olimpik dan turut pernah menghuni ranking pertama dalam sukan ping pong. Tubuhnya sederhana sahaja, namun keseluruhan tubuhnya sangat lembut dan fleksible untuk mengikut rentak dalam permainan ping pong. Lakukan 3 langkah ini iaitu "Relax, Explode and Relax" menjadikan permainan anda menarik, pantas dan kurang penat.
๐ข"Learn the tactic" atau pelajari taktik / strategi. Melalui penguasaan taktik dalam permainan ping pong, anda akan mengetahui di mana sepatutnya anda perlu meyerang pihak lawan iaitu sama ada di bahagian "forehand", "middle" dan "backhand". Mempelajari taktik juga akan melatih anda untuk mengembalikan bola di kawasan yang tepat sama ada panjang atau pendek, bola kosong atau bola berat, ada rotation atau tidak, rotation ke kanan atau ke kiri. Hal ini semuanya akan akan kuasai seandainya mempelajari taktik yang betul serta mempunyai pengalaman yang luas. Penguasaan taktik yang tepat boleh melemahkan kekuatan lawan dan memaksa lawan mengikut corak permainan kita seterusnya peluang untuk memenangi perlawanan sangat cerah.
Sebagai kesimpulan, untuk meningkatkan mutu permainan, anda perlu mencari jurulatih yang tepat untuk membetulkan sebarang kelemahan dan merancang strategi yang betul. Menjadi seorang pemain ping pong yang bagus bukanlah semudah yang disangkakan. Teruskan latihan, banyakkan multiball, cari "sparring partner" yang kuat, selalu melibatkan diri dalam perlawanan. InsyaAllah tahap anda akan naik sedikit demi sedikit.
Percayalah!!
Majulah sukan untuk negara!!
Majulah sukan untuk negara!!
No comments:
Post a Comment